For my English readers excuse me for this post as I will write it in our Malaysia National Language (Bahasa Melayu)
KAMERA UNTUK TUTUP MALU
Isu kamera murah dan kamera mahal memanglah satu isu yang sentiasa
dibincangkan. Orang baru dalam fotografi sentiasa terdorong untuk
membeli kamera yang tercanggih yang ada di pasaran, yang kadangkala
membebankan dari segi kewangan. Sindrom ini jadi makin kronik bila
kawan-kawan selalu 'racun' kita untuk beli kamera dan accessories yang
terbaru dan terbaik di pasaran.
Dari pemerhatian saya, ini terjadi kerana orang baru dalam fotografi
tiada keyakinan pada diri sendiri. Mereka kurang pengetahuan fotografi
dan kurang pengalaman. Jadi, untuk menutup kelemahan diri, ramai yang
ambil jalan mudah - beli kamera mahal lagi canggih, dengan harapan,
gambar yang dirakam akan jadi hebat secara otomatik. Malangnya,
pendapat ini tidak benar.
Orang baru harus banyak belajar, banyak bertanya, banyak mengkaji dan
banyak berlatih merakam gambar. Dengan cara ini, anda akan cepat
pandai. Anda akan dapat keyakinan diri. Anda perlu yakin, bahawa, yang
membuatkan gambar yang anda rakam itu cantik adalah kemahiran yang ada
pada diri anda, bukannya disebabkan oleh kamera yang canggih...
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Text di atas ada lah daripada FotoTeacher .
Renong-renong kan..................
8 comments:
Setuju benar! Yang penting, bukan kamera; itu hanya alat. Sebaliknya, 'kita'!
Belajar dari pengalaman bagi saya paling baik kalau nak belajar ambik gambar. Pastu sebelum ambik gambar, fikir dulu komposisi, sudut, subjek, cuaca, suhu dan sebagainya.
I fully agree with you, Uncle Awang! It's not a matter of a camera that produces a good shot! The photography skill is just as important! When both are combined, that'd produce greater shot! Good lesson there!
Hi Akmal & J.C.
Thanks for droping by.Honestly..I'm reminding myself here coz all this while the advert..is trying to poison me..I love my E-410 hahaha.
itu sebab saya datang setiap hari untuk belajar daripada Uncle Awang
Nang benar apa di padah kitak ya uncle. So to me what makes a great photo is the photgrapher's creativity and vision. Skills can be learn thru times but passion for photography makes the person a better photographer.
Beng,
Terima Kasih kita belajar bersama-sama.Kena lah selalu pegi shooting apa-apa aje lah...
Hi!!!!(ananymous or who ever you are)
Anyway Thanks for droping by and share your thought about photography.
It's not about the camera, but the person behind it! camera is just a tool....sometimes a point and shoot pun boleh produce a good photo.
Post a Comment